01 Jun 2010

Sambutan Hari Guru 2010

Seperti yang semua sedia maklum Sambutan Hari Guru di negara kita disambut pada 16 May setiap tahun,tetapi disebabkan 16 May tahun ini jatuh pada hari ahad,maka sambutannya telah diadakan pada hari Isnin,17 May. Seperti sekolah lain SKLT juga meraikan hari guru ini dengan mengadakan sambutan yang serba sederhana. Acara dimulakan dengan perhimpunan,diikuti dengan bacaan doa,nyanyian Lagu Negeri Johor dan lagu sekolah. Kemudian acara diteruskan dengan bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,ucapan wakil murid dan Guru Besar. Selepas ucapan Guru Besar,acara diteruskan lagi dengan Ikrar Guru,nyanyian Lagu Guru Pembina Negara Bangsa dan nyanyian Lagu Guru Malaysia. Perhimpunan ditamatkan dengan acara bersalam-salaman antara pelajar-pelajar SKLT dengan guru-guru sambil mengucapkan selamat hari guru.

Selepas itu,sambutan diteruskan dengan acara sukaneka dan permainan padang seperti lari 3 kaki secara berpasangan,baling belon berisi air berpasangan,cari gula dalam tepung dan isi air dalam botol. Selepas habis acara sukaneka,semua warga SKLT berehat sambil menjamu selera.
Kemudian sambutan diteruskan dengan persembahan guru-guru dan murid-murid. Antara persembahan yang dipertontonkan adalah seperti penyampaian puisi,lakonan,tarian dan nyanyian karaoke. Selepas habis persembahan,acara penyampaian hadiah dan anugerah guru pula mengambil tempat. Sambutan pada hari itu diakhiri dengan nyanyian Lagu Negaraku beramai-ramai oleh warga SKLT.

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia amnya dan SK Ladang Tereh khususnya.

"Guru Pembina Negara Bangsa"







SAMBUTAN HARI GURU DAN PEKERJA