26 Julai 2012

CUEPACS Sambut Baik Bonus Raya

CUEPACS mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Kesatuan yang mewakili kira-kira 1.4 juta kakitangan awam di negara ini, turut menyifatkan bonus itu sebagai hadiah Aidilfitri selain mampu mengurangkan beban kewangan mereka yang berpendapatan rendah.

Manfaat bonus 

Presidennya, Datuk Omar Osman, menggesa kakitangan kerajaan yang bakal menikmati bonus itu supaya memanfaatkan imbuhan berkenaan dengan merancang perbelanjaan mereka.

Pada masa sama, beliau juga berharap peniaga tidak mengambil kesempatan daripada pemberian imbuhan itu untuk menaikkan harga barangan lebih-lebih lagi menjelang sambutan Aidilfitri.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana mempertimbangkan permohonan CUEPACS berhubung bonus.

Saya berharap ia akan mendorong kakitangan sektor awam mempertingkatkan kualiti kerja masing-masing seiring dengan hasrat kerajaan untuk memberikan khidmat terbaik, katanya kepada BH, semalam. 


Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa yakin pemberian bonus dapat menambah kemeriahan musim perayaan ini.

Bonus Hari Raya Setengah Bulan Gaji

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan.

Pemberian bonus dan bayaran khas berkenaan akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Katanya, bayaran itu akan membabitkan anggaran perbelanjaan RM2.2 bilion.

Perdana Menteri berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu adalah penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan, katanya lagi.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Najib berkata, pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.


Sumber:


23 Julai 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1433H

 
Warga SK Ladang Tereh mengucapkan Salam Ramadhan 1433H kepada semua pembaca. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan kepada kita semua, insyaAllah

Kejohanan Sukan Tahunan 2012 SKLT




Tarikh : 14 Jun 2012
Hari : Khamis
Perasmi : Tuan Haji Musa Bin Mat Pandi
(Penghulu Mukim Niyor & Paloh)


Keputusan Kejohanan Sukan Tahunan 2012 SKLT

Johan : Blue Shark
Naib Johan : Red Scorpion
Ketiga : Yellow Cheetah






SAMBUTAN HARI GURU DAN PEKERJA