26 Ogos 2010

Duit Raya

PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 Syawal

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500, sebelum 1 Syawal.

Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, keputusan membuat bayaran kepada kakitangan Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu diambil selepas mengambil kira kebajikan mereka, terutama bagi meringankan beban kos persediaan menyambut Aidilfitri.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta, iaitu RM639.6 juta bagi kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.
Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan kerana pemberian itu dapat meringankan beban mereka bagi menyambut Aidilfitri bulan depan.

10 Ogos 2010

Salam Ramadhan 1431 H



Program Lawatan Kasih

Pada minggu ke 4 bulan Julai dan minggu pertama bulan Ogos yang lalu pihak Sekolah Kebangsaan Ladang Tereh (SKLT) telah melaksanakan satu program dikenali sebagai program Lawatan Kasih iaitu lawatan oleh pihak sekolah yang diketuai oleh Guru Besar SKLT, Encik Md Hatta Bin Samian diiringi guru kelas Tahun 6 iaitu Encik Mohd Nizam Bin Kasmiran dan guru-guru SKLT yang lain ke rumah pelajar-pelajar Tahun 6 yang terlibat. Program ini bertujuan untuk memberi maklumat tentang laporan penilaian prestasi murid tahun 6 tersebut secara lebih dekat. Program ini dijalankan pada waktu petang selepas sesi persekolahan tamat dimana satu hari sebuah rumah dilawati. Antara rumah pelajar yang terlibat ialah rumah adik Mohd Izwan Syafiq Bin Aslin,adik Mohd Fariszul Haziq Bin Zulkifli,adik Mohd Asyuwan Bin Rais, adik Syaza Humaira Binti Jeffri dan adik Mohd Ikhwan Hakkim Bin Mohd Radzi. Secara dasarnya program ini telah mencapai objektifnya disamping dapat mengeratkan lagi hubungan ibu bapa pelajar dengan pihak sekolah iaitu guru-guru SKLT.



*Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

09 Ogos 2010

Program Solat Hajat UPSR 2010

Pihak Sekolah Kebangsaan Ladang Tereh (SKLT) dengan jayanya telah melaksanakan program Solat Hajat UPSR siri ke 3 pada 30 Julai 2010 bertempat di Masjid Jamek Ladang Tereh Selatan. Program ini adalah kesinambungan daripada siri pertama dan kedua yang mana siri pertama telah diadakan di Masjid Jamek Ladang Tereh Utara diikuti siri kedua di Masjid Jamek Ladang Sungai Tawing. Solat Hajat ini dilakukan selepas jemaah selesai menunaikan Solat Jumaat pada hari tersebut. Solat Hajat ini dipimpin oleh Imam Masjid Jamek Ladang Tereh Selatan iaitu Encik Abdul Aziz Bin Marjan dan disertai oleh jemaah Masjid Jamek Ladang Tereh Selatan,ibu bapa pelajar SKLT,guru-guru dan kakitangan SKLT. Jemaah telah diberi juadah untuk dibawa pulang selepas majlis ini yang mana juadah ini disumbangkan oleh salah seorang ibu bapa pelajar SKLT. Dengan adanya doa daripada warga SKLT,ibu bapa,palajar-pelajar tahun 6 sendiri dan masyarakat sekitar diharapkan calon-calon UPSR SKLT tahun ini dapat menempuh peperiksaan dengan tenang dan semoga keputusan yang akan dicapai nanti cemerlang hendaknya,insyaAllah.




SAMBUTAN HARI GURU DAN PEKERJA