29 Jun 2010

Kembara Mahkota Johor 2010






Tarikh : 26 - 28 Jun 2010



Sepintas lalu berkenaan Kembara Mahkota Johor

Kembara Mahkota Johor adalah cetusan ilham DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang pada ketika itu sebagai DYAM Tunku Mahkota Johor, bertujuan untuk mendekatkan hubungan keluarga Diraja Johor dengan rakyat Negeri Johor menurut baginda.

Pada zaman dahulu, raja atau sultan ditandu ketika melawat jajahan takluknya, ada kalanya raja menunggang kuda atau gajah untuk ke destinasi yang agak jauh. Kini, semuanya telah berubah. Dengan segala kemudahan yang tersedia, perjalanan semakin mudah dan dekat. Pihak istana juga tidak terlepas dilanda arus perubahan.Tandu tidak lagi digunakkan, gajah pula entah ke mana. Untuk ke sesuatu destinasi, raja dibawa dengan kereta yang lebih pantas dan selamat.

Buat pertama kalinya beliau memulakan program ini pada tahun 2001 dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama-sama beberapa orang tokoh koprat, VVIP, serta ketua-ketua jabatan menyusuri setiap pelusuk negeri merangkumi 8 daerah pada ketika itu.

Lantaran kerbekesanan Kembara Mahkota Johor 2001, DYMM Tuanku Sultan telah mengumumkan agar program ini dijadikan acara tahunan istana. Selain mendekatkan hubungan antara pihak istana dengan rakyat, Kembara Mahkota Johor juga bertujuan sebagai satu program amal bagi menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Program ini juga dapat mempromosikan lokasi lokasi menarik bagi industri pelancongan dan baginda dapat meninjau sendiri pembangunan yang telah disalurkan oleh pihak kerajaan kepada rakyat negeri Johor. Selain itu Kembara Mahkota Johor juga bermatlamat untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa di negeri Johor.

Kembara Mahkota Johor mempunyai beberapa konsep iaitu bermotosikal, menaiki bot (jelajah pulau), pacuan 4 roda (pedalaman), dan jelajah perkampungan orang asli.

Program Kembara Mahkota Johor ini menjadi lebih bermakna apabila DYMM Tuanku Sultan bersama keluarga baginda mencemar duli untuk bermalam di rumah penduduk kampung yang terpilih. Baginda seisi keluarga juga bersukan dan bermesra dengan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira darjat dan kaum. Program ini juga memperlihatkan kesetiaan rakyat terhadap institusi diraja apabila masyarakat berbilang kaum dan lapisan sanggup berhujan dan berpanas untuk menunggu keberangkatan DYMM Tuanku Sultan dan berebut untuk bersalaman dengan DYMM Tuanku Sultan yang mereka kasihi.


Kembara Mahkota Johor 2010

Jadual perjalanan:

Hari pertama : 26 Jun 2010
  1. Bangunan JB Sentral (Johor Bahru)
  2. Kampung Pertanian (Kulai Jaya)
  3. Dewan Renggam (Kluang)
  4. Jalan Station dan Dataran Persiaran Dato' Ismail Hassan (Kluang)
  5. Kem Mahkota (Kluang) - Bermalam di Kluang
Jarak perjalanan : 87 KM


Hari kedua : 27 Jun 2010
  1. Stesen KTMB Kluang - Kampung Melayu Chamek (Kluang)
  2. Kampung Paya Merah, Labis (Segamat)
  3. Pekan Tenang Stesyen (Segamat)
  4. Dataran Segamat (Segamat)
  5. Kediaman rasmi Pegawai Daerah Segamat (Segamat)
  6. Dewan Orang Ramai Kampung Jawa (Segamat) - Bermalam di Segamat
Jarak perjalanan : 83.15 KM


Hari ketiga : 28 Jun 2010
  1. Stesen KTMB Segamat
  2. Stesen KTMB Gemas
  3. Dewan Serbaguna Bekok (Segamat)
  4. Pekan Layang-Layang (Kluang)
  5. Danga City Mall / JB Sentral (Johor Bahru)
Jarak perjalanan : 221.15 KM
Jarak Keseluruhan : 391.3 KM



Peta Perjalanan



Sumber : Laman sesawang Kembara Mahkota Johor




Program 3K "Dirimu Amat Berharga"



Dianjurkan oleh :

1. SK Ladang Tereh
2. SK Bandar Paloh
3. SK Paloh 2
4. SK Bukit Paloh
5. SK Kampong Chamek

Tarikh:
26 Jun 2010

Tempat :
Dewan Terbuka SK Ladang Tereh



Aturcara Majlis :

7.30 pagi : Pendaftaran peserta

8.30 pagi : Slot 1
Ceramah Kesihatan
: Penyampaian cenderahati

10.30 pagi : Kudapan

11.00 pagi : Slot 2
Ceramah Dadah oleh AADK
: Penyampaian cenderahati

1.00 tengah hari : Makan tengah hari dan solat
: Majlis penutup



Matlamat

Matlamat utama program ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang bermasalah dari segi sahsiah agar lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga serta masyarakat dan berkeyakinan untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan penularan pelbagai penyakit masa kini agar pelajar mengetahui cara-cara mengelakkan diri daripada terkena jangkitan seterusnya mementingkan aspek kebersihan diri.


Objektif

  • Melahirkan generasi berkeperibadian yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek
  • Membimbing pelajar agar menjadi insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan dan kesihatan diri
  • Membantu pelajar yang bermasalah disiplin agar lebih menyayangi serta bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik
  • Membina sahsiah pelajar ke arah yang lebih baik serta mewujudkan gaya hidup yang sihat, cergas dan cerdas dari aspek JERI dikalangan pelajar

Rasional

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek adalah menjadi tanggunggjawab sekolah yang mesti dipikul oleh setiap warganya. Masalah sosial yang sering menjadi-jadi dikalangan remaja sekolah amat membimbangkan semua pihak. Remaja kini semakin berani memberontak dan membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan kesan daripada tindakan yang mereka ambil.

Selain itu, kesedaran mengenai penjagaan kebersihan diri amat penting untuk mengelakkan penyebaran penyakit-penyakit yang berbahaya di zaman ini. Kerjasama daripada agensi-sagensi luar seperti klinik kesihatan, AADK amat penting bagi menjamin kejayaan pelaksanaan program ini.

Oleh itu, program 'Dirimu Amat Berharga' ini diharap dapat memberi kesedaran serta meningkatkan keyakinan dan kekuatan dalaman diri pelajar bagi membantu pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah pelajar.


24 Jun 2010

Boleh Tangguh Yuran IPT


Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 23 Jun – Pelajar baru universiti dan politeknik yang kurang berkemampuan boleh menangguhkan pembayaran yuran pengajian bagi sesi kemasukan yang bermula pada 3 dan 4 Julai ini.
Yuran pendaftaran kemasukan bagi universiti ialah antara RM1,600 hingga RM2,000 (ijazah) manakala politeknik pula RM400.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penangguhan pembayaran yuran itu boleh dilakukan menerusi perbincangan dengan pihak universiti.
“Keperluan menjelaskan yuran pendaftaran kemasukan ke universiti seperti yuran sekali termasuk wang hemat diri, yuran minggu haluan siswa dan kad matrik tidak harus menjadi halangan kepada pelajar meneruskan pengajian.
“Dalam hal ini, mereka terutamanya pelajar yang kurang berkemampuan tidak perlu khuatir mengenai perkara tersebut.
“Jika mereka mempunyai kesulitan untuk membayar yuran berkenaan, perbincangan boleh dibuat dengan pihak universiti,” katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya, di sini, hari ini.
Mohamed Khaled berkata, dijangkakan seramai 200,000 pelajar baru bakal mendaftar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan politeknik di seluruh negara mulai awal bulan depan.
Daripada angka tersebut, katanya, sebanyak 403,660 pelajar bakal melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah, 36,900 pelajar di peringkat diploma manakala 28,311 pelajar bakal memasuki politeknik.
Beliau berkata, keputusan mengenai penangguhan bayaran itu boleh dibuat ketika pelajar berkenaan hadir untuk pendaftaran kemasukan.
Sumber:


School Test Option

‘Scrapping exams will promote innovation, sports’

24/06/2010 By Eileen Ng and Suresh Ram
news@nst.com.my


KUALA LUMPUR: A school-based assessment system may be introduced if the proposal
to scrap the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) and Penilaian Menengah Rendah (PMR) is accepted.
The Malaysian Examination Syndicate (MES) will set questions that teachers can use to assess the students’ academic performance.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said the proposed scrapping of the two examinations did not mean that there would be no assessment of students’ progress. Studies showed that a school-based assessment system was
more appropriate for local schools.

“At the end of the day, we do not want studies to be affected. The teaching and learning methods will remain the same,” Muhyiddin said when replying to questions raised in Parliament yesterday. The proposal, which he announced on Sunday, had sparked a debate among lawmakers, political parties, teachers
and parents. Muhyiddin said studies by the Education Ministry showed there
were too many public examinations locally as opposed to just one in other countries.
As such, the scrapping of the two examinations would be good for the country’s education system as it would enhance creativity and innovation, apart from
encouraging active involvement of students in sports and co-curricular activities.

“It avoids rote learning which does not emphasise independent thinking,” said the education minister. Despite the plentiful feedback received so far, Muhyiddin said the government would not be in a hurry to scrap the two exams.

“Ample time will be given for the various parties to give their views and input.”

Muhyiddin also said the scrapping of UPSR and PMR would cut government expenditure in areas such as human resource.

“It will also reduce the burden on teachers in handling the examination process give both teachers students the chance focus more on effective teaching and learning skills.”

Parents, he said, would not be burdened having to buy many reference books or spending on their children’s tuition.

In Malacca, MCA president Datuk Seri Dr Soi Lek said the party announce its stand on proposal next week.

“It will be discussed our meeting next week,” he said after opening Tangga Batu MCA divisional meeting.

“Whatever it is, we should carry out a study so that decision we make will reflect aspirations of all Malaysians.”

Source:

23 Jun 2010

Tarikh Hapus UPSR, PMR Tidak Ditetap

Oleh Azrina Ahzan

bhnews@bharian.com.my
23/06/2010


Kementerian Pelajaran tunggu maklum balas pelbagai pihak

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran tidak menetapkan sebarang tempoh untuk melaksanakan cadangan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), kerana masih memerlukan masa untuk meneliti maklum balas daripada pelbagai pihak.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan tidak mahu tergesa-gesa dalam membuat sebarang keputusan membabitkan kedua-dua peperiksaan itu.
“Kementerian tidak menetapkan sebarang tempoh sama ada sebulan atau dua bulan, tetapi yang pasti kita akan mengambil masa yang sesuai kerana tidak perlu kita bergopoh dalam soal sepenting peperiksaan. Jadi bila sudah berpuas hati kita akan beritahu keputusan.

“Apa pun kita akan tunggu, apabila semua pihak sudah menyuarakan pandangan, maklumat ini akan dikumpul dan kementerian juga akan memanggil pihak yang berkepentingan dalam soal pendidikan untuk berbincang,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2010, di sini, semalam.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Datuk Kusaini Hasbullah.

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari hingga 24 Jun itu disertai lebih 200 peserta yang mewakili Kementerian Pelajaran, KPT, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika mengulas kenyataannya sebelum ini yang mahu pakar pendidikan dan masyarakat menyatakan maklum balas mereka mengenai cadangan pemansuhan UPSR dan PMR.

21 Jun 2010

Syor Mansuh UPSR, PMR


Syor Mansuh UPSR, PMR

Oleh Junita Mat Rasid

21/06/2010
Kementerian cadang mansuh UPSR, PMR: Langkah ubah sistem pendidikan orientasi peperiksaan

PAGOH: Kementerian Pelajaran akan mencadangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata cadangan pemansuhan peperiksaan itu kepada kerajaan akan mengubah sistem pendidikan negara yang kini terlalu berorientasikan peperiksaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai.
Bagaimanapun katanya, kedua-dua peperiksaan itu mungkin juga diteruskan, tetapi bukan lagi berstatus peperiksaan awam seperti sekarang, sebaliknya dijadikan penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah saja.
"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu saja peperiksaan awam, seperti (contohnya) pada peringkat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saja.

"Jika kita terlalu menjurus kepada peperiksaan, ia akan menyebabkan matlamat ke sekolah untuk menuntut ilmu, lebih kreatif dan menambah pengetahuan secara lebih holistik tidak akan dicapai sepenuhnya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pagoh, di Kompleks Seri Pekembar, di sini, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, cadangan mengekalkan satu peperiksaan saja pada peringkat sekolah itu juga berkaitan dengan langkah kementerian untuk merombak sistem pendidikan dan mengubah bentuk kokurikulum di peringkat sekolah.

Beliau berkata, pada masa ini, sistem pendidikan yang terlalu cenderung dengan peperiksaan menyebabkan guru terlalu fokus untuk mencapai kecemerlangan peperiksaan dan pelajar terlalu menumpukan usaha untuk cemerlang dalam peperiksaan awal saja.
“Adalah lebih wajar jika penilaian pencapaian pelajar dibuat pada peringkat akhir selepas 11 tahun di sekolah iaitu dengan hanya mengekalkan peperiksaan SPM sebelum mereka menyambung pelajaran ke peringkat universiti.

Apa itu Pusat Akses Sekolah

Apa itu Pusat Akses Sekolah

Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.

Objektif Pusat Akses

Antara objektif Pusat Akses ialah:

  • Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.
  • Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.
  • Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pengajaran dan pembelajaran.

Matlamat Pusat Akses

Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

  • Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
  • Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
  • Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

Apakah aktiviti murid di Pusat Akses Sekolah?

Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:

  • Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran
  • Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan (e-Learning)
  • Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran
  • Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel
  • Berkolaborasi dengan murid lain

14 Jun 2010

Program "We Care We Share" Dan "Kulim Wild Life Defenders" Anjuran EPA Management (Kulim (M) Sdn Bhd)

Tarikh : 8 dan 9 Jun 2010
Hari : Selasa dan Rabu
Kehadiran Pelajar : Pelajar tahun 4,5, dan 6 diwajibkan hadir
Kehadiran Ibubapa : Pada 9 Jun 2010,bila-bila masa selepas jam 9.30 pagi

Sebagaimana yang dirancang,program "We Care We Share" anjuran pihak EPA Management (Kulim (M) Sdn Bhd) dengan kerjasama pihak sekolah telah berjalan dengan lancar sepertimana ketetapan diatas. Kehadiran dan sambutan yang diterima daripada pihak ibubapa dan murid sangat menggalakkan. Sebagaimana yang diketahui pihak Kulim telah mengadakan jualan barangan keluaran anak-anak syarikat mereka seperti daging segar,ikan segar,nenas,pisang,tebu dan pelbagai barangan lain dengan tujuan mengutip dana untuk disumbangkan kepada pihak sekolah. Pihak sekolah juga turut sama dalam jualan amal tersebut dengan pihak PIBG SKLT telah mengadakan jualan nasi ambang kepada pelajar-pelajar dengan tujuan yang sama iaitu mengutip dana untuk pihak sekolah.

Selain daripada jualan amal,beberapa pameran dari agensi kerajaan juga telah diadakan. Pameran ini bertujuan untuk mendidik pelajar-pelajar dan menambahkan ilmu pengetahuan kepada penduduk sekitar.

Dengan adanya program seperti ini,hubungan yang telah sedia terjalin antara pihak sekolah dan pihak ladang (Kulim (M) Sdn Bhd) dapat dieratkan lagi. Selain itu,program ini juga dapat memberi ilmu pengetahuan kepada para pelajar dan ibubapa melalui pameran-pameran yang telah diadakan dikawasan sekolah. Natijahnya semua pihak mendapat manfaat daripada program yang telah diadakan ini. Semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa-masa akan datang,InsyaAllah.

Gambar-gambar sekitar program "We Care We Share"





01 Jun 2010

Sambutan Hari Guru 2010

Seperti yang semua sedia maklum Sambutan Hari Guru di negara kita disambut pada 16 May setiap tahun,tetapi disebabkan 16 May tahun ini jatuh pada hari ahad,maka sambutannya telah diadakan pada hari Isnin,17 May. Seperti sekolah lain SKLT juga meraikan hari guru ini dengan mengadakan sambutan yang serba sederhana. Acara dimulakan dengan perhimpunan,diikuti dengan bacaan doa,nyanyian Lagu Negeri Johor dan lagu sekolah. Kemudian acara diteruskan dengan bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,ucapan wakil murid dan Guru Besar. Selepas ucapan Guru Besar,acara diteruskan lagi dengan Ikrar Guru,nyanyian Lagu Guru Pembina Negara Bangsa dan nyanyian Lagu Guru Malaysia. Perhimpunan ditamatkan dengan acara bersalam-salaman antara pelajar-pelajar SKLT dengan guru-guru sambil mengucapkan selamat hari guru.

Selepas itu,sambutan diteruskan dengan acara sukaneka dan permainan padang seperti lari 3 kaki secara berpasangan,baling belon berisi air berpasangan,cari gula dalam tepung dan isi air dalam botol. Selepas habis acara sukaneka,semua warga SKLT berehat sambil menjamu selera.
Kemudian sambutan diteruskan dengan persembahan guru-guru dan murid-murid. Antara persembahan yang dipertontonkan adalah seperti penyampaian puisi,lakonan,tarian dan nyanyian karaoke. Selepas habis persembahan,acara penyampaian hadiah dan anugerah guru pula mengambil tempat. Sambutan pada hari itu diakhiri dengan nyanyian Lagu Negaraku beramai-ramai oleh warga SKLT.

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia amnya dan SK Ladang Tereh khususnya.

"Guru Pembina Negara Bangsa"







SAMBUTAN HARI GURU DAN PEKERJA