14 Jun 2010

Program "We Care We Share" Dan "Kulim Wild Life Defenders" Anjuran EPA Management (Kulim (M) Sdn Bhd)

Tarikh : 8 dan 9 Jun 2010
Hari : Selasa dan Rabu
Kehadiran Pelajar : Pelajar tahun 4,5, dan 6 diwajibkan hadir
Kehadiran Ibubapa : Pada 9 Jun 2010,bila-bila masa selepas jam 9.30 pagi

Sebagaimana yang dirancang,program "We Care We Share" anjuran pihak EPA Management (Kulim (M) Sdn Bhd) dengan kerjasama pihak sekolah telah berjalan dengan lancar sepertimana ketetapan diatas. Kehadiran dan sambutan yang diterima daripada pihak ibubapa dan murid sangat menggalakkan. Sebagaimana yang diketahui pihak Kulim telah mengadakan jualan barangan keluaran anak-anak syarikat mereka seperti daging segar,ikan segar,nenas,pisang,tebu dan pelbagai barangan lain dengan tujuan mengutip dana untuk disumbangkan kepada pihak sekolah. Pihak sekolah juga turut sama dalam jualan amal tersebut dengan pihak PIBG SKLT telah mengadakan jualan nasi ambang kepada pelajar-pelajar dengan tujuan yang sama iaitu mengutip dana untuk pihak sekolah.

Selain daripada jualan amal,beberapa pameran dari agensi kerajaan juga telah diadakan. Pameran ini bertujuan untuk mendidik pelajar-pelajar dan menambahkan ilmu pengetahuan kepada penduduk sekitar.

Dengan adanya program seperti ini,hubungan yang telah sedia terjalin antara pihak sekolah dan pihak ladang (Kulim (M) Sdn Bhd) dapat dieratkan lagi. Selain itu,program ini juga dapat memberi ilmu pengetahuan kepada para pelajar dan ibubapa melalui pameran-pameran yang telah diadakan dikawasan sekolah. Natijahnya semua pihak mendapat manfaat daripada program yang telah diadakan ini. Semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa-masa akan datang,InsyaAllah.

Gambar-gambar sekitar program "We Care We Share"





SAMBUTAN HARI GURU DAN PEKERJA