25 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H




Warga SK Ladang Tereh 2011 mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca.
Semoga kedatangan Syawal kali ini membawa sinar kegembiraan
dan kebahagiaan kepada kita semua,insyaAllah.

09 Ogos 2011

Kakitangan Awam Dapat Bonus Raya


PUTRAJAYA: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini.

Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.
Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pembayaran bonus dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
“Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” katanya.

SAMBUTAN HARI GURU DAN PEKERJA