Profil Sekolah

SEJARAH SEKOLAH

     Pada awalnya penempatan yang letaknya di kawasan perladangan yang mempunyai 7 ladang milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor yang menjadi harapan penduduknya supaya didirikan sebuah sekolah supaya penduduk ladang tidak berulang alik ke Bandar Kluang untuk menuntut ilmu pada jarak yang melebihi 40 kilometer melalui jalan-jalan tanah merah yang berdebu dan berlopak.

     Maka, tidak menjadi halangan untuk mereka dirikan sebuah sekolah di tengah-tengah kawasan yang terdiri daripada 7 ladang.Sehubungan dengan itu, pada tahun 1983 telah didirikan sebuah sekolah yang merupakan Sekolah Bantuan Modal yang menumpang di bangunan bekas pejabat pengurusan ladang di atas tapak seluas 5 ekar. Bangunan tersebut adalah bekas pejabat dan stor baja yang dimiliki Ladang Tereh Utara ketika itu dan ianya diubahsuai untuk dijadikan kelas,Bilik Guru dan Pejabat.

     Jumlah murid pada awal pembukaannya ialah seramai 151 orang murid yang terdiri daripada murid-murid tahun 1 hingga 6 dan dan mempunyai tenaga pengajar seramai 9 orang termasuk Guru Besar.

     Pada tahun 2001, atas bantuan penuh kerajaan, 2 blok bangunan dan kemudahan fizikal yang lain telah dibina. Kini dengan jumlah murid seramai 117 dan tenaga pengajar seramai 16 orang (2013), pihak sekolah berharap akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari semua aspek.


VISI

   Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti 
Untuk Membangunkan Potensi Individu 
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


MATLAMAT
  1. Mencapai prestasi UPSR dengan peratusan kelulusan 100% dan peratus 5A melebihi 15%
  2. Mencapai prestasi kokurikulum dengan memenangi pertandingan peringkat Negeri
  3. Mencapai sifar masalah disiplin murid
  4. Menjadi sekolah yang indah, bersih, ceria, dan bermaklumat
MOTO
 
Ilmu Asas Kejayaan


SLOGAN

Kegemilangan Kita Lakarkan
Synergy   Effort   Leads   Achieve   Transform


Akronim Sekolah

S E L A T

Mengikut Kamus Dewan SELAT didefinisikan perairan sempit atau laut kecil yang menghubungi 2 dataran. Walaupun SELAT bersaiz kecil tetapi fungsinya sangat besar. SELAT merupakan penghubung antara dua dataran tersebut. Dengan terjalinnya perhubungan itu, maka kedua-dua dataran tersebut boleh menikmati pelbagai perubahan ke arah kemajuan. Pada zaman kesultanan Melaka, SELAT Melaka merupakan perairan yang sangat penting dalam menjadikan Negeri Melaka sebagai sebuah pelabuhan dan pusat perdagangan yang masyhur.

 

        Oleh yang demikian, dengan mengambil kira unsur-unsur positif pada makna perkataan “SELAT” tersebut, maka pihak sekolah telah bersetuju untuk menjadikannya akronim bagi Sekolah Kebangsaan Ladang Tereh. Pemilihan ini diharapkan akan menjadi pemangkin kepada warga dan masyarakat sekitarnya  untuk menjadikan SKLT ini sebagai sebuah sekolah yang menjadi jambatan ilmu kepada generasi Ladang Tereh. Semoga SKLT akan turut menjadi penyumbang kepada negara dalam melahirkan pemimpin masa depan.


LOGO SEKOLAH




SAMBUTAN HARI GURU DAN PEKERJA