11 November 2010

Lawatan Sambil Belajar Pra Sekolah SKLT ke Melaka Bandaraya Bersejarah


Pendahuluan


Lawatan sambil belajar murid-murid pra sekolah ke Negeri Melaka adalah anjuran Panitia Pendidikan Pra Sekolah SKLT bersama dengan Majlis Permuafakatan Pra Sekolah SKLT. Lawatan ini bertujuan untuk memperkembangkan pengetahuan murid pra sekolah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan

Dalam usaha mencapai matlamat ini,pihak sekolah mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat yang menarik dan sesuai dengan bidang pendidikan. Oleh yang demikian,Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah menjadi destinasi pilihan kerana terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh memberikan pengetahuan serta pengalaman baru kepada murid pra sekolah sepanjang tempoh lawatan ini

Rasional
  • Mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran secara tidak langsung dalam membentuk dan membantu memperkayakan pengetahuan murid
  • Murid-murid dapat melihat kesan sejarah untuk mendalami pengetahuan dan menambahkan pengalaman
  • Murid-murid dapat didedahkan dengan persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam negeri Johor dan negeri yang dilawati
Objektif dan Matlamat
  • Memperluaskan pengetahuan murid-murid tentang persekitaran dan pembangunan negara
  • Membolehkan murid-murid mengetahui dan menghayati peninggalan sejarah negara
  • Memberi murid-murid satu pengalaman baru tentang dunia luar disamping dapat menimba ilmu pengetahuan di tempat yang dilawati

Tentatif Lawatan
  • 6.30 pagi - Berkumpul di SK Ladang Tereh
  • 6.45 - 10.00 pagi - Bertolak ke Melaka dan sarapan pagi di kawasan Rawat dan Rehat Pagoh
  • 10.00 pagi - 12.30 tengah hari - Melawat Zoo Melaka
  • 12.30 - 1.30 tengah hari - makan tengah hari/solat
  • 1.30 tengah hari - 5.00 petang - Bergerak ke:-
  1. Melaka River Cruise
  2. Menara Taming Sari
  3. Muzium Melaka
  4. Planetarium Melaka
  • 5.00 - 6.00 petang - Melawat Bandar Hilir dan kawasan sekitarnya
  • 6.15 petang - Bertolak pulang

Gambar-Gambar Sekitar Lawatan Pra Sekolah SKLT ke Melaka











SAMBUTAN HARI GURU DAN PEKERJA