31 Mei 2010

Program Gotong Royong Perdana 2010

Pada 15/05/2010 bersamaan hari Sabtu yang lalu,satu program gotong royong perdana sempena sambutan hari guru telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Gotong royong ini membabitkan warga SKLT dengan dibantu oleh ibubapa pelajar dan juga pelajar-pelajar tahun 4,5 dan 6 SKLT. Aktiviti yang dijalankan adalah menanam pokok buah-buahan di sekitar kawasan sekolah. Pokok-pokok yang ditanam adalah sumbangan dari warga SKLT sendiri disamping ibubapa pelajar. Pihak sekolah juga mendapat kerjasama yang baik dari pihak ladang iaitu Kulim Plantations Sdn. Bhd. dengan mendapat bantuan jentera pengorek tanah (JCB). Dengan adanya program seperti ini diharapkan hubungan antara pihak sekolah,ibubapa penjaga dan ladang bertambah erat. Selain daripada hubungan yang erat dapat dijalin,kawasan sekolah juga dapat dihijaukan dengan tanaman-tanaman yang bermanfaat.




26 Mei 2010

Lawatan Sambil Belajar ke Bio Composting Plant Ladang Tereh Selatan (LTS)

Pada hari Rabu,12/05/2010 yg lalu pihak SKLT telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Bio Composting Plant Ladang Tereh Selatan. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan proses-proses menghasilkan baja kompos kepada pelajar-pelajar SKLT . Lawatan ini disertai oleh pelajar-pelajar tahun 6 dan diiringi oleh beberapa orang guru antaranya, En. Mohd Mubin Yazzer,En. Mohd Nizam,En. Ahmad Basri dan Puan Kavitha. Dengan adanya lawatan ini,diharapkan pelajar-pelajar tahun 6 SKLT dapat menimba pengalaman dan pengetahuan baru tentang bagaimana proses baja kompos dihasilkan.









20 Mei 2010

Program Khidmat Bantu PSS Peringkat Negeri Johor

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (BTPNJ) telah menganjurkan program khidmat bantu Pusat Sumber Sekolah (PSS) disekolah ini pada 19 hingga 22 April 2010 yang lalu. Program ini turut dijayakan bersama warga PKG Kluang,PKG beberapa daerah lain,Guru Perpustakaan dan Media daerah Kluang dan juga warga sekolah ini.

Program ini bertujuan untuk menaik taraf PSS SKLT supaya lebih berketerampilan dan berdaya saing dengan PSS sekolah lain. Diharapkan dengan adanya program khidmat bantu ini,PSS SKLT akan lebih maju lagi pada masa akan datang.

Dikesempatan ini,seluruh warga SKLT mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak BTPNJ,PKG daerah Kluang dan daerah-daerah sekitar yang terlibat,Guru Perpustakaan dan Media daerah Kluang atas sumbangan tenaga dan keringat yang telah dihulurkan kepada pihak kami. Semoga apa yang telah disumbangkan ini menjadi pemangkin kepada kami untuk lebih maju dan berdaya saing pada masa akan datang.





18 Mei 2010

Jamuan Perpisahan Dan Meraikan Kedatangan Guru Baru

Pada 27 Mac 2010 yang lalu,satu jamuan perpisahan dan meraikan kedatangan guru baru SKLT telah diadakan di Prime City Hotel,Kluang. Jamuan perpisahan ini dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Guru (KEBIRU) SKLT. Jamuan ini bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.

Guru-guru yang berpindah dari SKLT ialah:
1. Tuan Haji Jaapar Bin Maamun
2. En. Mohd Zairokin Bin Kasron
3. En. Haszarul Affendy Hakkim Bin A.Samad

Guru-guru baru yang diraikan pula ialah:
1. En. Md Hatta Bin Samian
2. En Mohd Nizam Bin Mohd Salleh
3. Puan Fatimah Binti Mashuri
4. Cik Norhazlinawati Binti Ab Aziz
5. En. Mohd Nizam Bin Kasmiran
6. En. Nik Mohd Saiful Bahari Bin Nik Lah

Warga SKLT mengucapkan selamat maju jaya kepada guru-guru yang telah berpindah,semoga berjaya disekolah baru dan mengalu-alukan kedatangan guru-guru baru ke SKLT.









14 Mei 2010

Majlis Penutup Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Sekolah

Pada 10 Mac 2010 yang lalu SKLT telah mengadakan majlis penutup Sambutan Hari Anti Dadah peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sebelum majlis penutup ini seperti pertandingan mewarna,melukis poster dan menulis karangan. Pada majlis penutup ini peserta yang berjaya pada pertandingan yang telah dianjurkan sempena sambutan hari anti dadah ini telah diberikan hadiah.
Berikut kemeriahan Majlis Penutup Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Sekolah SKLT.






SAMBUTAN HARI GURU DAN PEKERJA