29 September 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2010

Kepada murid-murid tahun 6,warga pendidik dan kakitangan sekolah mengucapkan selamat menduduki pepriksaan UPSR. Semoga kalian dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang.

07 September 2010

Majlis Khatam Al Quran





Tarikh:
3 September 2010
(24 Ramadhan 1431H)

Tempat:
Dewan Terbuka SK Ladang Tereh


Rasional
Bulan Ramadhan perlu dihayati dan dipenuhi dengan pelbagai amalan wajib dan sunat agar kehadirannya dirasai. Matlamat akhir Ramadhan ialah melahirkan insan yang bersih dari segi rohani dan jasmani melalui ibadah puasa dan amalan sunat yang lain. Justeru,
Sekolah Kebangsaan Ladang Tereh mengambil inisiatif sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk mengadakan Majlis Khatam Al Quran demi memastikan seluruh warga SKLT dapat menghayati dan berjaya merebut segala ganjaran yang dijanjikan Allah

Matlamat
Majlis Khatam Al Quran diadakan pada akhir Ramadhan
setelah warga Sekolah Kebangsaan Ladang Tereh
selesai khatam Al Quran melaui program tadarus harian

Objektif
  • Menyedarkan tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan Al Mubarak
  • Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan amalan sunat yang lain
  • Memberi peluang warga sekolah menambahkan amal jariah dengan mewakafkan Al Quran dan mengadakan tadarus Al Quran
  • Menggalakkan ibadah membaca Al Quran dikalangan guru dan murid
  • Melengkapkan keperluan surau sekolah seperti Al Quran dan surah Yasin

Aturcara Majlis

7.30 Pagi :
  • Pendaftaran Peserta
8.30 Pagi:
  • Pertandingan Hafazan
10.30 Pagi : Rehat

11.00 Pagi:
  • Penyampaian Hadiah
  • Majlis Khatam Al Quran
1.00 Tengah Hari :
  • Majlis Penutup
  • Penyampaian Sumbangan Duit Raya oleh Guru Besar kepada Murid-Murid SKLT
  • Ucapan Selamat Hari Raya oleh Guru-Guru dan Kakitangan Sokongan SKLT
  • Bersurai


02 September 2010

01 September 2010

Amanat Guru Besar SKLT

Kepada calon UPSR SKLT Tahun 2010,berikut disiarkan amanat Guru Besar untuk adik-adik sekalian renunginya. Selamat membaca.



*klik pada paparan untuk lebih jelas

SAMBUTAN HARI GURU DAN PEKERJA