Pada 11 November 2010 yang lalu,keputusan peperiksaan UPSR telah diumumkan. Seramai 2 orang pelajar sekolah ini telah mendapat 5A,manakala 2 orang pelajar mendapat 4A 1B. Pelajar yang mendapat 5A tersebut ialah adik Muhammad Izwan Syafiq Bin Aslin dan adik Nur Faziela Azwa Binti Rosman manakala yang mendapat 4A 1B pula ialah adik Muhammad Fariszul Haziq Bin Zulkifli dan adik Putri Nurshazwanis Binti Abd Rapar. Peratus keseluruhan lulus bagi SK Ladang Tereh adalah 63.6% berbanding 55.6% pada tahun 2009, iaitu peningkatan sebanyak 8%,manakala bagi Gred Purata Sekolah (GPS) pula adalah 2.6 berbanding 2.52 pada tahun 2009. Ia peningkatan yang baik bagi sekolah ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada calon-calon UPSR 2010 SKLT kerana berjaya menaikkan peratus kelulusan sekolah. Kepada pelajar yang berjaya dengan cemerlang,anda sudah memulakan langkah untuk mencapai cita-cita anda, kepada yang kurang berjaya,masih ada masa untuk meperbaiki diri anda. Selamat maju jaya daripada pihak sekolah.
Lawatan sambil belajar murid-murid pra sekolah ke Negeri Melaka adalah anjuran Panitia Pendidikan Pra Sekolah SKLT bersama dengan Majlis Permuafakatan Pra Sekolah SKLT. Lawatan ini bertujuan untuk memperkembangkan pengetahuan murid pra sekolah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan
Dalam usaha mencapai matlamat ini,pihak sekolah mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat yang menarik dan sesuai dengan bidang pendidikan. Oleh yang demikian,Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah menjadi destinasi pilihan kerana terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh memberikan pengetahuan serta pengalaman baru kepada murid pra sekolah sepanjang tempoh lawatan ini
Rasional
Mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran secara tidak langsung dalam membentuk dan membantu memperkayakan pengetahuan murid
Murid-murid dapat melihat kesan sejarah untuk mendalami pengetahuan dan menambahkan pengalaman
Murid-murid dapat didedahkan dengan persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam negeri Johor dan negeri yang dilawati
Objektif dan Matlamat
Memperluaskan pengetahuan murid-murid tentang persekitaran dan pembangunan negara
Membolehkan murid-murid mengetahui dan menghayati peninggalan sejarah negara
Memberi murid-murid satu pengalaman baru tentang dunia luar disamping dapat menimba ilmu pengetahuan di tempat yang dilawati
Tentatif Lawatan
6.30 pagi - Berkumpul di SK Ladang Tereh
6.45 - 10.00 pagi - Bertolak ke Melaka dan sarapan pagi di kawasan Rawat dan Rehat Pagoh
10.00 pagi - 12.30 tengah hari - Melawat Zoo Melaka
12.30 - 1.30 tengah hari - makan tengah hari/solat
1.30 tengah hari - 5.00 petang - Bergerak ke:-
Melaka River Cruise
Menara Taming Sari
Muzium Melaka
Planetarium Melaka
5.00 - 6.00 petang - Melawat Bandar Hilir dan kawasan sekitarnya
6.15 petang - Bertolak pulang
Gambar-Gambar Sekitar Lawatan Pra Sekolah SKLT ke Melaka