26 Januari 2010

Piagam Pelanggan

Menentukan prasarana pendidikan mencukupi supaya suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi kondusif untuk menjamin pembangunan kerohanian dan peningkatan pencapaian pelajar-pelajar sentiasa terpelihara.

Menentukan kesejahteraan pelajar,staf,ibubapa dan masyarakat sentiasa terpelihara melalui kepimpinan yang penyayang.

Memberi khidmat dengan cekap,pantas,bijaksana dan mesra

Objektif Sekolah

  • Kecemerlangan UPSR
  • Kecemerlangan Sukan / Permainan
  • Kecemerlangan Ko Kurikulum
  • Kebersihan dan iklim persekitaran sekolah yang selesa dan harmoni sesuai untuk proses pembelajaran dan pengajaran (PnP)
  • Mewujudkan suasana kekeluargaan dikalangan guru,murid,kakitangan dan masyarakat setempat

Misi Sekolah

Warga SKLT sentiasa BERUSAHA mencapai kecemerlangan kualiti dan kuantiti KURIKULUM,HAL EHWAL MURID,KO-KURIKULUM dan KECEMERLANGAN
(IKLIM SEKOLAH)

Visi Sekolah

Meletakkan SK Ladang Tereh berada di tempat 10 teratas di daerah Kluang dari segi akademik dan ko-kurikulum menjelang tahun 2010

24 Januari 2010

Latar Belakang Sekolah

Sejarah Ringkas Kewujudan Sekolah

Pada awalnya penempatan yang letaknya di kawasan perladangan yang mempunyai 7 ladang milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor yang menjadi harapan penduduknya supaya didirikan sebuah sekolah supaya penduduk ladang tidak berulang alik ke Bandar Kluang untuk menuntut ilmu pada jarak yang melebihi 40 kilometer melalui jalan-jalan tanah merah yang berdebu dan berlopak.

Maka tidak menjadi halangan untuk mereka dirikan sebuah sekolah di tengah-tengah kawasan yang terdiri daripada 7 ladang.Sehubungan dengan itu pada tahun 1985 telah didirikan sebuah sekolah yang merupakan Sekolah Bantuan Modal yang menumpang di bangunan bekas pejabat Pengurusan Ladang di atas tapak seluas 5 ekar. Bangunan tersebut adalah bekas pejabat dan stor baja yang dimiliki Ladang Tereh Utara ketika itu dan ianya diubahsuai untuk dijadikan
kelas,Bilik Guru dan Pejabat.

Jumlah murid pada awal pembukaannya ialah seramai 137 orang murid yang terdiri daripada murid-murid tahun 1 hingga 6 dan dan mempunyai tenaga pengajar seramai 12 orang.

Pada tahun 2001, atas bantuan penuh kerajaan , 2 blok bangunan dan kemudahan fizikal yang lain telah dibina di atas tapak sendiri dan bertukar status kepada Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan. Kini pada tahun 2010 dengan jumlah murid seramai 142 dan tenaga pengajar seramai 17 orang , pihak sekolah berharap akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari semua aspek.


SAMBUTAN HARI GURU DAN PEKERJA