07 Mac 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432 H Peringkat Kompleks Tereh




Tarikh :
6 Mac 2011
(2 Rabiul Akhir 1432H)

Masa:
7.00 pagi

Tempat :
Dewan Terbuka SKLT


Aturcara Majlis ambutan Maulidur Rasul 1432H

7.00 pagi
  • Berkumpul di padang Tereh Mill
8.00 pagi
  • Perarakan Maulidur Rasul dengan iringan selawat dan kompang (Perarakan dari padang Tereh Mill ke SK Ladang Tereh)
9.00 pagi
  • Sarapan pagi
9.30 pagi
  • Majlis bermula
  1. Ucapan Pengerusi Majlis
  2. Bacaan Doa
  3. Bacaan ayat suci Al-Quran dan terjemahan
  4. Ucapan pengerusi sambutan
10.30 pagi
  • Persembahan
  1. Pentomen
  2. Nasyid Pra Sekolah
  • Penyampaian Hadiah
  1. Nasyid tahun 4 dan 5
11.00 pagi
  • Ceramah Maulidur Rasul oleh Haji Abdul Mutalib Bin Abd Rahim (Pegawai Tadbir Agama Daerah Segamat)
12.20 tengah hari
  • Marhaban
  • Doa penutup
12.30 tengah hari
  • Jamuan dan bersurai








02 Februari 2011

Jalan Menuju ke Sekolah Banjir Kali ke 2


Gambar-Gambar Sekitar Banjir Kali ke 2








Tarikh : 1 Febuari 2011
Lokasi : Ladang Tereh Selatan
Foto kredit : Encik Azlan Tajudin

Jalan Menuju ke Sekolah Banjir

Pada hari Rabu,26/01/2011 jalan menuju ke SKLT telah dilanda banjir disebabkan hujan yang turun tanpa henti sejak tengah malam Selasa. Keadaan ini menyebabkan berlaku limpahan air dari parit kecil dan longkang ditepi jalan menuju ke sekolah yang mengakibatkan laluan ke sekolah tidak selamat untuk dilalui oleh kenderaan kerana arusnya yang deras. Ini mengakibatkan guru-guru dan kakitangan sekolah tidak dapat masuk ke sekolah pada hari Rabu tersebut dan terpaksa melapor diri untuk bertugas di sekolah berhampiran iaitu SK Seri Kampung Tengah.

Gambar-Gambar Sekitar Banjir pada 26/01/2011 (Rabu) yang Lalu





Foto Kredit : Encik Zainulaman Bin Mamat

21 Januari 2011

Program Perjumpaan Antara Ibu Bapa Penjaga Murid Tahun 6 Dengan Guru-Guru 2011





Tarikh :

21 Januari 2011

Masa :
10.00 pagi - 12 tengah hari

Tempat :
Bilik Mesyuarat SKLT



Jadual Program


10.00 pagi - Pendaftaran dan Bacaan Doa

10.15 pagi - Ucapan Guru Besar

10.30 pagi - Taklimat UPSR & Headcount

10.45 pagi - Taklimat Headcount

11.00 pagi - Penyerahan Headcount Setiap Individu

11.15 pagi - Sesi Soal Jawab dan Perbincangan

11.45 pagi - Jamuan



MATLAMAT

Mendapatkan kerjasama penjaga supaya dapat memainkan peranan dalam mempertingkatkan prestasi murid-murid dalam peperiksaan UPSR dan peperiksaan lainnya


OBJEKTIF
  • Menjalin kerjasama dengan penjaga supaya dapat membantu pembelajaran anak-anak ketika di rumah
  • Memberikan kesedaran kepada murid-murid dan penjaga tentang kepentingan persediaan awal dalam menghadapi peperiksaan UPSR
  • Mendapatkan maklum balas daripada penjaga tentang kaedah terbaik bagi mendapatkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan

SASARAN
Penjaga murid Tahun 6



Program Jentera Tahun 6 SK Ladang Tereh 2011

  1. Majlis perjumpaan dengan ibubapa/penjaga (A Day To Care)
  2. Kelas tambahan
  3. Motivasi
  4. Teknik menjawab soalan
  5. Jadual bergabung guru
  6. Study Group
  7. Headcount
  8. Klinik 5A 5C
  9. Sola hajat
  10. Zoom-A
  11. Latih tubi

15 Disember 2010

Majlis Anugerah Cemerlang 2010





Tarikh:
18 November 2010

Hari:
Khamis
Masa:
8 .00 Pagi

Tempat:
Dewan Serbaguna SKLT

Disempurnakan Oleh:
En. Abd Ghani Bin Abd Rashid
Wakil Khas
Ahli Parlimen Semberong


Aturcara Majlis

8.00 pagi - Para jemputan mengambil tempat

8.30 pagi - Ketibaan Yang Dihormati
En. Abd Ghani Bin Abd Rashid
Wakil khas Ahli Parlimen Semberong
- Bacaan doa

9.00 pagi - Sesi ucapan
- Ucapan En. Md Hatta Bin Samian
Guru Besar SKLT
- Ucapan Yang Dihormati, En. Abd Ghani Bin Abd Rashid
Wakil khas Ahli Parlimen Semberong

10.00 pagi - Persembahan murid

10.30 pagi - Upacara penyampaian hadiah dan sijil

12.30 t/hari - Jamuan dan bersurai











15 November 2010

Keputusan UPSR 2010

Pada 11 November 2010 yang lalu,keputusan peperiksaan UPSR telah diumumkan. Seramai 2 orang pelajar sekolah ini telah mendapat 5A,manakala 2 orang pelajar mendapat 4A 1B. Pelajar yang mendapat 5A tersebut ialah adik Muhammad Izwan Syafiq Bin Aslin dan adik Nur Faziela Azwa Binti Rosman manakala yang mendapat 4A 1B pula ialah adik Muhammad Fariszul Haziq Bin Zulkifli dan adik Putri Nurshazwanis Binti Abd Rapar. Peratus keseluruhan lulus bagi SK Ladang Tereh adalah 63.6% berbanding 55.6% pada tahun 2009, iaitu peningkatan sebanyak 8%,manakala bagi Gred Purata Sekolah (GPS) pula adalah 2.6 berbanding 2.52 pada tahun 2009. Ia peningkatan yang baik bagi sekolah ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada calon-calon UPSR 2010 SKLT kerana berjaya menaikkan peratus kelulusan sekolah. Kepada pelajar yang berjaya dengan cemerlang,anda sudah memulakan langkah untuk mencapai cita-cita anda, kepada yang kurang berjaya,masih ada masa untuk meperbaiki diri anda. Selamat maju jaya daripada pihak sekolah.










SAMBUTAN HARI GURU DAN PEKERJA