18 Mei 2010

Jamuan Perpisahan Dan Meraikan Kedatangan Guru Baru

Pada 27 Mac 2010 yang lalu,satu jamuan perpisahan dan meraikan kedatangan guru baru SKLT telah diadakan di Prime City Hotel,Kluang. Jamuan perpisahan ini dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Guru (KEBIRU) SKLT. Jamuan ini bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.

Guru-guru yang berpindah dari SKLT ialah:
1. Tuan Haji Jaapar Bin Maamun
2. En. Mohd Zairokin Bin Kasron
3. En. Haszarul Affendy Hakkim Bin A.Samad

Guru-guru baru yang diraikan pula ialah:
1. En. Md Hatta Bin Samian
2. En Mohd Nizam Bin Mohd Salleh
3. Puan Fatimah Binti Mashuri
4. Cik Norhazlinawati Binti Ab Aziz
5. En. Mohd Nizam Bin Kasmiran
6. En. Nik Mohd Saiful Bahari Bin Nik Lah

Warga SKLT mengucapkan selamat maju jaya kepada guru-guru yang telah berpindah,semoga berjaya disekolah baru dan mengalu-alukan kedatangan guru-guru baru ke SKLT.









14 Mei 2010

Majlis Penutup Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Sekolah

Pada 10 Mac 2010 yang lalu SKLT telah mengadakan majlis penutup Sambutan Hari Anti Dadah peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sebelum majlis penutup ini seperti pertandingan mewarna,melukis poster dan menulis karangan. Pada majlis penutup ini peserta yang berjaya pada pertandingan yang telah dianjurkan sempena sambutan hari anti dadah ini telah diberikan hadiah.
Berikut kemeriahan Majlis Penutup Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Sekolah SKLT.






Sambutan Maulidurrasul SKLT 1431H/2010

Sekolah Kebangsaan Ladang Tereh (SKLT) telah mengadakan sambutan Maulidurrasul1431H pada hari Sabtu 06/03/2010 bersamaan 20 RAbiul Awal 1431H yang lalu. Sambutan ini dianjurkan bersama dengan Sekolah Agama Ladang Tereh,Tabika Kemas Ladang Tereh dan masyarakat Ladang Tereh Mill.
Acara dimulakan dengan perarakkan dari Sekolah Agama Ladang Tereh ke SKLT dengan diiringi bacaan Selawat keatas Nabi secara beramai-ramai. Kemudian acara dihentikan sementara untuk sarapan pagi. Acara diteruskan dengan persembahan nasyid,bacaan ayat suci Al-Quran oleh murid-murid SKLT. Kemudian diteruskan lagi dengan ucapan oleh Guru Besar SKLT dan Pengurus Ladang Tereh Mill. Seterusnya ceramah Maulidurrarasul disampaikan oleh penceramah jemputan pada hari itu. Acara diakhiri dengan jamuan makan.
Pihak sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan Maulidurrasul kali ini. Sekian..

Berikut gambar-gambar sekitar Sambutan Maulidurrasul SKLT






28 April 2010

Kejohanan Sukan Tahunan 2010 SKLT

Kejohanan sukan tahunan Sekolah Kebangsaan Ladang Tereh(SKLT) telah diadadakan pada 1 Mac yang lalu. Kejohanan ini merupakan kejohanan sukan kali ke 24 bagi sekolah ini. Ia dirasmikan oleh Yang Berhormat En. Hoo Seong Chang,Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.

Berikut keputusan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke 24 SKLT.
Johan : Blue Shark
Naib Johan : Yellow Cheetah
Ketiga : Red Scorpion

Olahragawan : Mohd Faiq Aiman Bin Fahruzzaman
Olahragawati : Farah Nurnadia Binti Mohd Shah


Berikut gambar-gambar sekitar Kejohanan Sukan Tahunan SKLT 2010




























SAMBUTAN HARI GURU DAN PEKERJA